Friday 26 July 2013

I'tikaf Ramadhan?

Mmm.. Aku bukan Ustaz. Period. Jadi kalau nak
hentam aku dengan dalil atau hadis yang kuat
sandarannya kerana kecetekan ilmu aku, aku
terima seadanya.

Ok.

Ramadhan, bulan I'tikaf. Waktu ni, ramai orang
berada di 'dalam' masjid untuk niat ber i'tikaf.

Ok. Aku tak kata I'tikaf salah, tapi jika
beri'tikaf di dalam masjid dengan melayan You
Tube atau FB, atau bergelak ketawa dengan
riang gembira dengan rakan-rakan, adakah itu
di kira i'tikaf?

(Mengenai walaupun di masjid layan You Tube
tapi dengar ceramah atau buka FB tapi untuk
berdakwah, itu perbahasan lain ek..)

Cuba kita fahami apa itu i'tikaf dan
cara Rasulullah beri'tikaf.

Aku tak nak letak hukum sebab aku tak tahu,
(walau banyak pendapat mengatakan makruh),
tapi apa nilai i'tikaf itu kalau tak di isi dengan
muhasabah diri, dan di sulami dengan amalan
Sunnah i'tikaf cara Rasulullah supaya dengan
i'tikaf itu, kita lebih dekat dengan Allah?

Oleh itu, aku lebih suka membuat
perbandingan adil.

Daripada duduk kat cyber cafe, baik duduk kat
masjid i'tikaf.

Tapi, lebih baik i'tikaf di masjid dengan
amalan ibadah daripada i'tikaf kat masjid tapi
dengan amalan 'cyber cafe'..

Selamat ber i'tikaf!

2 sen..

Thursday 25 July 2013

Fatwa Jelita..

Popular..

Beberapa hari lepas, 2 gadis yang memang 'gorgeus' dan ayu menimbulkan kontroversi tanpa sengaja.

Masuk pertandingan ratu cantik yang sudah di fatwakan haram!

Kemudian, di balas balik dengan 'kritikan' (yang di tambah 'manisnya' oleh sorak suara pendokong liberal), yang rata-ratanya mempersoalkan, di mana adilnya majlis fatwa dalam meletakkan hukum kerana acara renang atau gimnastik 'di benarkan' atas nama 'sukan' tetapi pertandingan ratu cantik di haramkan atas nama 'cantik', walau kedua-duanya 'tak patuh syariat' dalam skop 'aurat'.

Ok. Bagi aku, ini bukan perlagaan antara Fatwa Kebangsaan vs Ratu Cantik. Ini lebih kepada suara 'ingin bebas' vs suara 'dilema'.

Begini. Pemahaman minda bukan ilmuan agama juga bukan ustaz macam aku ni.. Mmm... Ok. Bukan semua perkara perlukan fatwa. Fatwa ni selalunya untuk perkara-perkara yang memerlukan Ijtihad atas masalah umum. Dan kadang-kadang hukum fatwa pun berubah-rubah mengikut waktu. Perkara-perkara yang memang dah confirm 'Haram', majlis fatwa tak perlu la nak bersusah payah nak bagi fatwa.

Mendedahkan aurat itu haram, jadi perlu ke majlis fatwa keluarkan fatwa 'bahawa orang Islam di haramkan mendedahkan aurat bla bla bla...' tak.. tak... kalau majlis fatwa tak keluar fatwa hukum pun memang dah haram!

Kita sendiri punya fatwa 'Agama' yang jelas untuk sesuatu tindakan, tanpa perlu merujuk pada majlis fatwa pun. Orang Islam nak makan Bak Kut Teh di restoran Cina, takkan perlu tanya majlis fatwa hukumnya?

Sebenarnya, polemik ini dah menzahirkan isu 'serangan halus ke atas institusi agama'. Kita di serang dengan budaya  memperjuangkan 'Wanita' dalam kerangka 'keadilan' atas nama 'Islam'. Seolah Islam ini tidak adil pada golongan Wanita. Seolah wanita Islam mangsa penindasan agama dan hak mereka banyak di nafikan.

(Sebab tu aku tak suka bahas pasal Poligami!)

Benar, jika kita di dalam situasi 'sang ratu' pun confirm akan tak puas hati. Bukan pakai bikini pun! Gimnastik, renang tu pakai bikini majlis fatwa tak kecoh pun!

Aku tak nak ulas pasal 'keadilan aurat' dalam majlis fatwa. Mereka pasti lebih arif 'kenapa'. Bagi aku, 'aurat' ialah 'pilihan' dalam skop 'bersukan'. Islam tak haramkan bersukan, tapi Islam haramkan dedah aurat. Pilihan adalah pada di tangan ahli sukan tu sendiri.

Cumanya, mungkin selepas ini, majlis fatwa perlu perhalusi kembali 'keperkasaan' fatwa untuk rujukan umat dan tidak tunduk pada 'permintaan' dalam suara 'perlekehan' gelombang 'kebebasan' hak atas nama 'Islam' tapi ber'aroma' barat.

Fuh. 2 sen.


Mereka di kaki Lima..

Aku dah rasa...

Entah.. mungkin tak tahu nak rasa apa...

Setiap kali ke bank, terjumpa peminta-
peminta sedekah yang terdiri dari warga emas,
OKU, muallaf..

Aku cuba untuk melazimkan fikiran bahawa ini 'fenomena biasa' dan tak perlu concern sangat..

Tapi aku tak mampu...

Aku tahu mungkin ini sindiket atau apa-apa je
lah, itu soal kedua.. tapi tindakan?

Aku tak nak bercakap dari soal sindiket, tapi
soal kemanusiaan.

Andai mereka memang
fakir, homeless, apa seterusnya?

Aku tak menyalahkan pihak zakat, cuma aku
tertanya-tanya, di mana hak mereka daripada
Billionan kutipan zakat setiap tahun?

Atas
kerana mereka tak nak datang ke pejabat
mohon bantuan, sebab tu tak nak bagi?

Ada yang aku tanya tu, membaca pun tak
tahu, rumah tak ada, tak tahu nak pergi mana..
malah ada yang redha dengan suratan takdir
lagi...

Mereka malas atau rajin, itu pilihan mereka,
tapi hak mereka selaku orang 'susah', tiada?

Aku tidak memuji Dakwah Kristian, tapi
mereka berjaya lakukan dakwah dengan
berkesan. Kita marah orang Kristian memberi
bantuan 'direct', tanpa borang, mengambil
nombor que dsb, sedangkan Institusi Agama
kita masih tidak 'mesra' dengan golongan 'tepi
jalan'..

Mereka bukan sampah yang patut di nafikan
haknya...

Mereka juga manusia...

2 sen..

Trend & Fesyen

Trend & Stail..

Tak. Aku bukan anti trend atau fesyen. Selagi
ianya masih selari dengan syariat, ok.

Ok. Mungkin ada yang tak setuju dengan
mengatakan ini Tabarruj, aku setuju jugak.
Tapi penekanan aku kali ini bukan itu.

Macam ni. Aku sering ke Masjid untuk
berjemaah. Bukan nak kata aku bagus, tapi ini
tuntutan.

Ok. Terkadang aku lewat untuk takbir pertama.
Dan sebelum masuk ke saf, aku akan
berhadapan dengan pelbagai posisi solat
termasuk sujud.

Aku faham, trend masakini untuk lelaki
antaranya, memakai baju 'ngam-ngam' tubuh,
walau tubuh tu kering mahupun sasa. Mungkin
tidak perasan, atau tak sedar atau kurang
peka, setiap kali sujud...

Separuh dari seluar dalam anda terpapar
hingga menampakkan belahan punggung dan
belakang badan terpapar separas bawah
pusat!!!

Aku tak nak bicara soal hukum solat tu sebab
aku bukan ustaz, tapi kita sedia maklum, itu
aurat bukan?

Macam ni lah. Untuk lelaki yang memang
trendy dan berjiwa fashionista, atau yang
memang suka pakai baju body fit, apa kata
jika anda cuba sujud dan suruh rakan-rakan
anda ambil gambar keadaan sujud anda.

Mungkin dari situ kita boleh mentafsir 'nilai'
sujud anda...

Walau aurat tertutup ketika berjalan, tapi tidak
ketika sujud..

2 sen..

Monday 3 June 2013

Sebulan Sahaja....?

Cucu gelisah.. Hampir dan semakin hampir... Ini milik mutlak kita! Mana mungkin kita biar mereka rampas!

Atuk senyum..

Dalam lirik atuk berkata..

Sebulan sahaja...

Cucu mula di palit amarah.. Atuk acuh tak acuh dengan keadaan.. Darah muda makin menggelegak..

Cucu bangkit mendabik. Ini orangnya yang akan membela kalian! Patutkah kita berdiam diri?

Atuk dingin... Matanya senyum...

Sebulan sahaja...

Rumah dah musnah... Sekelip mata... Kehidupan yang di bina... Hancur... Atuk diam lagi...

Sebulan sahaja....

Ruang sepi kembali bernyawa... Kagum... Ukhuwwah terjalin... Gema suara memecah sunyi.. Semangat.. Wah! Cucu mentah mula tercabar... Ah! Atuk cuma tersenyum..

Sebulan sahaja..

Berpusu sepasang kaki membanjiri.. Ruang itu semakin sempit.. Mampat.. Sendat.. Kecil.. Besar.. Cucu makin gelisah... Harapan makin hancur...

Atuk tersenyum lagi...

Sebulan sahaja...

Matahari memancar kemerahan...  seruan bergema lagi..  kaki tak lagi berkerumun.. Cuma tinggal Si janggut, si serban yang hampir di jemput Azazil... Cucu terbeliak mata...

Drastik?

Atuk tenang.. Hatinya senyum...

Sebulan.. Tak lama mana pun, kan?

Wednesday 29 May 2013

Err... Awal ucap kata...

Adanya blog ini bukan kolaborasi..

Tetapi mungkin legasi pada nukilan blog terdahulu yang sudah tiba hari pupusnya..

Kenapa Kapan?

Sinonim dengan diri.. mungkin...

Muhasabah... aku lebih suka ini asbabnya walau terkadang tak pernah pun menyedarkan...

Apa yang akan di ceritera atau di hikayatkan di sini?

Entah. Mungkin perkongsian pemikiran kritis dan melawan arus untuk sesuatu yang berlegar di kalangan manusia yang bakal memakai seragam putih satu hari nanti...

Juga mungkin proses pemejalwapan minda yang perlukan kesegaran untuk respon pada sesuatu....

Dan...

Dengan lafaz Bismillah, blog ini aku rasmikan wujudnya....

Tuesday 28 May 2013

Gurau Surau?

Aku cukup kurang setuju dengan ayat
budak-budak sekarang dalam kiasan
'gurauan' dan lesen 'humor' dalam
konteks 'bersantai' di dalam bicara...

"Tak tahan gurau, duduk la surau! Hahaha!!"

Kenapa surau? Kalau yang di
maksudkan 'surau' itu sekadar suku
kata menyedapkan ayat.. mungkin ada
ruang 'keampunan' sedikit di sana...

Tetapi kalau 'surau' yang di maksudkan
itu 'ahlinya', maka mungkin aku agak
terkilan kerana ia mampu membawa
gambaran yang salah terhadap ahli
'surau' yang kita sedia maklum sebagai
'tempat ibadah'.

Mungkin implikasinya kecil, tetapi
bayangkan kepada non muslim pula.
Apa pandangan mereka pada Islam?
Ahli surau tak boleh bergurau? Seolah
dalam Islam tiada langsung ruang
bergurau? Dan jika tidak boleh
bergurau, tak tahan marah, kenapa
surau? Ye, betul. Ke surau, ambil
wuduk, solat sunat, redhakan
kemarahan adalah 'solusi' untuk yang
'marah' selepas terkena gurauan
'surau', tetapi yang melagukan gurauan
itu?

Kelihatan agak 'sinis' perkataan 'surau'
itu di lihat..

Takut, tanpa sedar, kita dah
merendah-rendahkan Agama yang kita
anuti tanpa sedar...

Ah! Sukar nak aku terangkan..

2 sen...